Sunday 13 January 2013

BOLA BALING

Nama : Sitti Khadijah Binti Bacho
Sukan yang diminati : Bola Baling

Sebab Meminati:

Pada mulanya,  saya meminati sukan bola jaring. Selaluya, saya akan  menjadi center untuk pasukan bola jaring. Walaupun peranan sebagai centre amat berat, kerana harus bermain di kawasan yang lebih banyak berbanding WD,WA,GA,GD dan GS namun saya menganggapnya sebagai satu cabaran. Oleh itu, saya memerlukan banyak stamina untuk bergerak. Selain itu, center juga merupakan pemain tonggak dalam sebuah pasukan bola jaring kerana sebagai center juga perlu pantas dan tangkas untuk megawal bola begitu juga mendapatkan bola dari pihak lawan lalu menyerahkan bola kepada rakan sepasukan bagi menjaringkan gol. Saya sedar bahawa bermain sebagai centre bukannya mudah. Namun begitu, saya amat suka menjadi center kerana dapat bergerak dengan aktif dan tidak membosankan kerana terbatas dengan kawasan permainan.

Kemudian apabila diperkenalkan dengan sukan bola baling ketika di sekolah menengah, saya mula jatuh hati pada permainan ini. Apa tidaknya, asas permainan ini lebih kurang dengan permainan bola jaring. Tetapi, permainan bola baling lebih menambat hati saya kerana permainan ini lebih mencabar dan menyeronokkan berbanding permainan bola jaring. Dari segi perbezaan saiz padang, permainan bola baling menggunakan lebih besar saiz padang berbanding permainan bola jaring. Oleh itu, sudah tentu permainan ini memerlukan labih banyak tenaga untuk bermain. Begitu juga dengan perbezaan peraturan pergerakan kaki dan cara menjaringkan gol. Saya begitu enjoy bermain bola baling kerana dapat membina kerjasama dengan rakan sepasukan dan mengatur strategi permainan yang lebih efektif.

Saya juga pernah mewakili sekolah dalam pertandingan bola baling di peringkat MSSG. Pasukan bola baling kami tidak menang. Menang kalah merupakan adat dalam pertandingan. Namun itu bukan persolannya, yang lebiih penting ialah pengalaman ketika latihan dan pertandingan cukup bererti kepada diri saya.

Itu sahaja post saya pada kali ini. Terima kasih kerana sudi melawat dan membaca blog kami. ^^




b0La sEpaK

Nama: Muhammad Faiz Hatim bin Rahim
Sukan yang diminati: Bola Sepak

Sebab meminati:

Bola dan lelaki. Dua benda yang tidak akan dapat dipisahkan sampai bila-bila. Kecualilah kalau dia seorang 'kaki bangku'. Salah satu sukan yang dapat membentuk perpaduan di Malaysia tanpa mengira usia, latar belakang, bangsa dan kepercayaan. Bola sepak adalah sukan yang paling banyak dimainkan dan ditonton di seluruh dunia. Menurut FIFA sukan bola sepak telah diperkenalkan sejak abad ke-3 SM. Jadi, tidak hairanlah jika bola sepak dikenali ramai kerana sukan ini merupakan antara sukan yang terawal yang dicipta oleh tamadun manusia. Sukan ini dimainkan secara kumpulan. Dua kumpulan akan dibahagikan sama ramai ahlinya dan setiap kumpulan akan terdiri daripada sebelas orang pemain. Walaubagaimanapun, permainan ini juga turut dimainkan secara 7 sepasukan ataupun 9 sepasukan. Bergantung kepada keadaan. 

Berbalik kepada sebab meminati sukan bola sepak. Tidak seperti orang lain, saya agak terlewat dalam mengenal sukan ini. Sejujurnya saya bukanlah seorang yang suka bersukan semasa dibangku persekolahan. Tambahan pula saya seorang yang gemuk semasa berada di sekolah rendah. Saya lebih selesa duduk di tepi padang dan memerhati dari jauh kawan-kawan saya bermain. Tidak pernah saya terfikir untuk mewakili sekolah dalam sukan bola sepak. Saya tahu, ramai lagi kawan saya yang lebih berbakat. Semasa di sekolah rendah, satu-satunya sukan yang pernah saya wakili sekolah adalah Hoki. Itu pun sebab ramai yang tak nak main. Mungkin sebab hari-hari saya turun training buatkan cikgu rasa kesian dan cikgu ambil saya untuk wakil sekolah. Memang takde bakat langsung.

Disebabkan tidak berbakat dalam bidang sukan, masuk je alam sekolah menengah saya lebih menumpukan dalam bidang akademik. Kononnya. Semasa berada di tingkatan tiga, satu pagi sewaktu mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan kesihatan, saya telah ditampar oleh cikgu. Peristiwa yang menyebabkan diri saya berubah daripada seorang yang tidak bersukan kepada seorang yang aktif bersukan. Bila ditanya cikgu sebab kenapa saya ditampar, hanya satu jawapan yang keluar dari mulut cikgu. 'Awak tak bersukan dan tak wakil sekolah untuk mana-mana acara sukan'. Malu kena tampar depan kawan-kawan sekelas yang lain. Saya tekad untuk berubah. Orang lain pon belajar jugak tapi bukan macam saya sampai tidak bersukan langsung. Kebanyakan pelajar dalam kelas saya adalah atlet dan mewakili sekolah dalam acara sukan masing-masing. 

Sejak hari itu, masuk saja tingkatan empat, saya terus aktif bersukan. Dimulakan dengan sukan ragbi. Tiap-tiap hari saya turun latihan dan hasilnya saya diterima masuk dalam pasukan ragbi sekolah.  Pasukan kami menang dalam beberapa kejohanan. Rasa teruja bila menang sesuatu pertandingan hasil usaha belatih bersungguh-sungguh bersama-sama ahli pasukan yang lain. Seterusnya hoki, sukan yang paling susah bagi saya untuk bermain dan mahir tentangnya. Namun, dengan sedikit asas yang ada, saya diterima masuk dalam pasukan. Walaupun tidak memenangi sebarang kejohanan. Tapi saya puas dapat mewakili sekolah. 

Seterusnya untuk membuktikan kepada cikgu yang pernah menampar saya dahulu bahawa saya bukan seorang 'ulat buku' saya menyertai pemilihan wakil sekolah bagi sukan bola sepak. Satu-satunya sebab saya tekad untuk menyertai skuad bola sepak adalah kerana jurulatih bola sepak tersebut ialah cikgu yang pernah menampar saya dulu. Kali ini saya akan buktikan bahawa saya bukanlah kaki bangku seperti yang dia fikirkan selama ini. Hari-hari saya turun latihan. Saya tahu ini adalah tahun akhir saya di sekolah itu dan tidak akan lepaskan peluang ini walaupun saya tahu mereka yang bersaing dengan saya antaranya pernah mewakili sekolah dalam sukan ini. 

Hasil usaha saya berbaloi kerana saya diterima masuk dalam pasukan. Akhirnya saya dapat buktikan yang saya bukan kaki bangku seperti yang difikirkan. Kami bermula dengan cemerlang dalam kejohanan tersebut. Hasil kerjasamaa sepasukan dengan bimbingan jurulatih yang bagus kami menjadi JOHAN daerah Kuala Terengganu Utara. Pengalaman yang cukup bernilai. Bola sepak membentuk semangat kerjasama yang tinggi antara ahli pasukan. Terima kasih Cikgu Asman atas bimbingan yang diberikan dan kerana tampar saya. Kalau bukan kerana cikgu mungkin saya masih lagi seorang budak yang pasif dan tidak pandai bersukan. Terima kasih untuk segalanya. Kenangan yang akan saya ingat sampai bila-bila. Sejak hari itu, saya akan bermain bola jika ada kelapangan. Nasihat saya kepada kawan-kawan di luar sana agar bersukan dan jangan hanya tertumpu kepada pelajaran sahaja. Badan yang sihat menjamin pemikiran yang kreatif. 






        
         Itu sahaja post saya pada kali ini. Terima kasih kerana sudi melawat dan membaca blog kami. ^^

 


Saturday 12 January 2013

Sukan Hoki ^^

Nama : Nur Kamalia Binti Suboh
Sukan diminati : HOKI
Sebab meminati : Hai :) Pertama sekali ingin meluahkan rasa gembira saya untuk menceritakan tentang sukan yang saya minati ini. Saya meminati sukan hoki sejak di bangku sekolah lagi apabila melihat kakak senior bermain di padang dan pada suatu hari mereka telah mengajak saya untuk turut bermain bersama mereka. Bermula dari saat itu saya telah menghabiskan waktu petang saya dengan bermain dan seterusnya memasuki perlawanan. Walaupun tidak begitu berjaya, tapi kami telah cuba yang terbaik dan sangat berseronok. Bak kata jurulatih di sekolah kami,"tak menang takpa, asalkan korang have fun!". Sebab utama saya sangat meminati sukan hoki kerana keseronokkan yang dirasai ketika bermain. Lebih-lebih lagi bermain bersama kawan-kawan baik sendiri dengan gelak tawa, belajar teknik bermain dengan betul, belatih bersama, kalah bersama, menang bersama, sakit dan penat bersama-sama :D

Sebab yang seterusnya dapat menunjukkan kehebatan dan komitmen seorang wanita dalam sukan. Kebiasaannya kebanyakkan orang selalu mengatakan bahawa golongan wanita tempatnya di dapur, tidak sesuai untuk bersukan dan lemah lebih-lebih lagi bermain hoki yang sangat memerlukan tenaga yang banyak. Bagi saya semua pernyataan tersebut sama sekali salah! Kami juga boleh mengejar bola yg kecil sambil memegang kayu hoki dalam gelanggang hoki yang besar! 

kehebatan wanita :)
Itu sahaja post saya pada kali ini. Terima kasih kerana sudi melawat dan membaca blog kami ^^ Assalamualaikum.

Sunday 6 January 2013

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...